|
Sempena Hari Raya ini Alzn ingin memohon maaf kepada Kawan seblog sekian yang mana mengenali Alzn , harap maafkan segala kesalahan Alzn yang telah Alzn lakukan kepada kawan2 dengan secara sedar atau dengan tidak sengaja , semoga kita bertemu dengan tuhan rabbul alamin dengan selamat tiada halangan dan hisab . InsyaaAllah. Selama sebulan ini Alzn begitu sibuk mengikuti rakan2 Alzn mengiringi Qari2 Mesir kemerata Masjid di Singapura . Al hamdulillah persahabatan Alzn dengan Qari2 ini bertambah2 erat dan mesra lagi . Sebagai Amanah dari kementerian wakaf Mesir , Qari2 ini telah membuat persembahan bacaan Al Quran mereka di masjid2 dengan begitu baik sekali. Alzn bershukur kerana dapat mengiringi mereka ini hampir setiap malam Ramadan . Para Qari2 ini selain hafiz mereka merupakan Ahli tarannum Al Quran . Bacaan Al Quran mereka yang berlagu ini sungguh menyentuh perasaan Alzn . Doa2 yang mereka baca begitu memberi bekas bukan sahaja kepada Alzn tetapi juga kepada para jemaah yang mendengarkan nya. Alzn berharap bacaan dan persembahan mereka ini menjadi contoh tauladan untuk di ikuti oleh para imam2 kita di Singapura ini . Bukankah kita sebagai orang Islam senantiasa ingin memperbaiki diri kita untuk menjadi yang terbaik dalam amalan kita. Firman Allah swt dalam Al Quran surah AL Mulk ayat 2 :- "Yang menciptakan kematian dan kehidupan supaya dia menguji kamu siapakah yang lebih baik diantara kamu amalnya? dan dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun ." Sekian sahaja dari Alzn sehingga bertemu kembali
Wassalam |
| nonleo November 8, 2005 02:37 PM PST Alhamdulillah...Sekiranya ada Qariah Mesir, nonleo teringin nak jadi protokolnya. Boleh tak Alzn usulkan agar hak wanita juga boleh melakukan yang demikian. Selamat Hari Raya untuk Alzn serta mohon maaf dipinta. | ||
| Leave a Comment: |