|
Bulan Ramadhan , bagi alzn masyarakat islam Singapura sekarang ini kurang meriah meraihkan nya , jikalau di bandingkan dgn 20 thn dahulu. Hiruk piruk orang2 yg beratur di masjid2 untuk mengambil bubur untuk berbuka tidak se gairah dahulu. Mungkin sekarang ini masyarakat kita sudah ramai yg lebih mewah jadi mengambil bubur di masjid kurang mendapat sambutan mereka. Bagi Alzn sekeluarga sudah hampir masuk tahun yang keempat Alzn galakkan isteri Alzn memasak juadah berbuka dgn berlebihan dan diberikan kepada jiran2 islam Alzn seberapa yg dapat di berikan beliau. Ahamdulillah , dahulu baru2 nampak kekok juga jiran2 nak menerimq budaya berkongsi juadah berbuka ni. tetapi setelah empat tahun Alzn sekeluarga berterusan mengamalkan nya , nampak nya berkesan juga akhirnya. Muka anak2 jiran Alzn yg tidak pernah Alzn lihat , sekarang tertonjol mengetuk pintu rumah Alzn.Anak2 Alzn semuanya sekarang pun sudah pun kenal akan jiran2 dan kawan2 baru. Wah sudah hampir pukul lima setengah ptg , tak sedar Alzn dibuatnya,menaip menggunakan XDa ni , diam2 hampir satu jam berjalan. Sekian sahaja hingga kita berjumpa lagi . Salam dari Alzn. |