|
Alhamdulillah Alzn ucapkan kepada Allah . Selawat dan salam Alzn kepada Nabi kita Muhammad SAW . Alzn masih hidup lagi dan masih dapat menulis di blog ini. Bukan apa2 Alzn kadang2 rasa malas betul nak menulis, sibuk hal2 yang lain tu cuma alasan sahaja. Masa berlalu begitu cepat sekali. Tapi rasa malas tu kan tak bagus, tak baik untuk di layankan sangat , nasib ada orang yang menegur. Terima kaseh sekali lagi kepada Sab . Memberikan kata2 yang bolih kecilkan hati orang, kalau salah paham. Baru2 ni di tempat kerja Alzn ada beberapa kawan2 Alzn yang mendapat Golden Handshake ( kena buang kerja secara pakse ) . Nasib baik kebanyakannya mereka yang sudah hampir retire yang di buangnya . Kononnya company nak cut cost , nak untung lebih . Alzn pun hairan, company Alzn ni ..untung berbiliion dollars masih lagi nak buang pekerja . Agaknya berapa biliion lagi yang hendak di carinya baru cukup , tak puas2. Itulah mereka ni yang hidupnya mencari kekayaan sahaja , tidak memikirkan langsung tentang kesusahan pekerja2 yang di bawah mereka ni. Padahal pekerja2 ni lah yang membuat mereka bertambah kaya. Tidak bertimbang rasa terus . Tak berhati perut agaknya mereka2 itu. Wallahu a'lam . Tetapi kalau nak di kira kekayaan company Alzn nii ... kalau di bandingkan dengan kekayaan Karun , Firaun dan Haman jauuuuuh sekali . Tentulah orang yang empunya company Alzn ni ,mereka2 ni hendak mengikut tingkah laku si Karun, Firaun dan Haman .Teringat akan akan Alzn Kalam Allah dalam surah Al Ankabut Ayat 39 yang bermaksud :- "Dan ( Kami hancurkan pula ) Karun , Firaun dan Haman. Sesungguhnya Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan2 yang jelas. Mereka berlaku sombong di muka bumi. Dan mereka tidak akan luput dari azab Allah. " Ya Allah Ya Tuhan ku janganlah engkau jadikan Alzn seperti mereka yang akan engkau azabkan kelak di kemudian hari. Amin ... Amin.... Ya Rabbal A'lamin |
| Leave a Comment: |