Akan KU tulis cerita2 pengalaman KU agar para pembaca di sana dapat berkongsi pengalaman bersama KU.
Mana yang berguna dapat kira di ambil .
Mana2 yang kurang harap perbaikikan untuk KU.
Bagaimana Tinggi Ombak kehidupan dunia ini melanda kita , sama2lah kita berkongsi pengalaman tanda sebagai kawan .

ALZN
AL QURAN PANDUAN KU







Kamu tetamu yang ke




Nama : Alzn

Tanahair: Singapura

Status: Sudah Berumahtangga

Kegemaran : Membaca Al-Quran dan termenung mengenang nasib

Cita2 : Masuk ke Shurga Allah dan memandang wajahnya.

Cita2 Di dunia : Memperbanyakkan peminat Kalam Allah

Manusia Idola : Nabi Muhammad S.a.w

Pekerjaan : Seorang Technician

Status sekarang : Baru nak berjinak2 dengan pembacaan Al Quran dan
penulisan
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Apr 22, 2005
Al Quran panduan ku. Selamat menyambut Maulid Rasul

Assalamualaikum kawan2 . 12 Rabiul Awal hari yang tidak dapat di lupakan olih Kita sebagai orang ISLAM. tahukah apa yang terjadi pada hari itu. Tentu kawan2 semua sudah tahu ... Tetapi sebagai mengingatkan diri Alzn , hari ini adalah 12 rabiul Awal , hari lahirnya manusia idola Alzn . Muhammad Rasulullah SAW. Rasanya 1426 tahun hijrah atau lebih tepat 1436 tahun hijrah yang lalu merupakan suatu peristiwa yang teramat besar bagi seluruh alam akan kelahiran seorang manusia yang membawa rahmat yang besar.

Firman Allah SWT dalam surah Al Anbiya' ayat 107.

"Tidaklah Kami mengutus Kamu ( Muhammad ) kecuali sebagai rahmat bagi sekelian alam "


Selawat dan Salam Alzn tujukan kepada Mu , Ya Muhammad Dan Ahli Keluarga mu dan kepada yang mereka2 yang mengikuti jejak langkah mu .

Shukur Alzn yang tak terhingga kepada Allah kerana mengutus engkau Ya Muhammad sebagai contoh insan di dunia bagi manusia umumnya dan bagi orang2 mu'min khas nya.
Dengan turunnya engkau yang Muhammad , Al Quran yang kekal disertakan kepada mu untuk orang2 yang beriman sebagai petunjuk yang tiada keraguan bagi kegunaan di dunia dan di akhirat.

Al Fatehah......

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Posted at 12:07 am by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Apr 11, 2005
Al Quran panduan ku. Lama tak menulis.

Assalamualaikum kawan2 wahhh lama betul tak menulis. Apa khabar semua .

Alzn cuma nak menulis Firman Allah SWT pada surah Al Hadid ayat 20.

" Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga dengan banyaknya harta dan anak itu bagaikan hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. "

Haaah sungguh mengerunkan ............Alzn

"Airmata adalah ungkapan cinta yang di tujukan untuk orang lain, sedangkan tawa adalah ungkapan kegembiraan pada orang yang tenggelam dalam egonya sendiri."


Sekian.


Posted at 12:41 am by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Mar 23, 2005
Al Quran panduan ku. Berubah

Pada minggu yang lepas Alzn telah bertemu bual dengan seorang kenalan .Peristiwa itu berlaku ketika Alzn baru habis meyelesaikan satu pekerjaan di Clementi. Di kedai mama menjual air, di Clementi Ave 2, sambil makan nasi lemak, Alzn duduk seorang diri. Sambil tangan memegang gelas dan mulut meneguk kopi , tiba2 ada seorang lelaki melayu meminta izin Alzn untuk duduk di kerusi yang kosong di meja yang Alzn sedang duduk, memandangkan hanya Azln seorang sahaja yang duduk di situ, sementara meja2 yang lain kerusinya sudah pun dipenuhi orang. Alzn menganggukkan kepala tanda merelakan dia duduk di situ bersama.

Tanpa menghiraukan sangat perihal dia Alzn terus menghabiskan nasi lemak yang di depan mata Alzn itu. Lelaki melayu tadi memesan dari kedai mama yang sama, segelas teh dan nasi lemak . Habis sahaja nasi lemak yang Alzn makan ,  Alzn rasa hendak terus habiskan kopi Alzn itu tetapi kerana kopi itu masih panas lagi ,terpaksalah Alzn menunggu sehingga ianya sejuk sedikit.

Lelaki yang duduk mengadap Alzn bersahaja, terus menjamu nasi lemaknya dan air teh yang telah pun sampai.Sempat ia menjemput Alzn makan, sebagai tanda bahasa. Untuk menghilangkan rasa tak sedap, termenung seorang diri , Alzn terus mulakan perbualan .

"Baru habis dari kerjaa? " tanya Alzn ."nga ngah " jawabnya singkat ."Tinggal dekat sini ke..?" . "Tak de .. singgah sini nak jumpa kawan sekejap " jawabnya. Dalam seminit kemudian, masih tak sedap, Alzn bertanya lagi ,"Habis.. kerja di mana ?". "Saya kerja di Tuas, Keppel shippyard... baru dapat kerja " jawab dia sambil mulutnya meneguk air tehnya."Wah jauh betul..  dari Tuas turun Clementi jumpa kawan? " Alzn meneruskan perbualan ." Habis dulu kerja dekat mana.?" Tanya Alzn lagi. "Baru kena buang kerja tempat lama "beliau menjawab. "Awak kerja di mana." tanya dia pula kepada Alzn. " Saya bekerja di Telecom " jawab Alzn pantas . " Habis kena buang kerja ni dapat saguhati lah ?". " Adalahhh  sikit .." jawab dia ." Boring lah kerja sekarang , kita kuli ni kerja macam nak rak , dia orang, orang atas tau komplain aje , nak cepat , nak cepat ... Stress tau kita. " Keluh dia. Alzn hanya tersenyum.  " Kerja.. post apa sekarang ?" tanya Alzn hendak tahu. " Buyer...consruction " singkat jawabnya lagi." Wah buyer, kira .. macam marketing juga ehh, quite interesting jugak kerja tu. Macam2 awak tau lah kalau gitu , macam pergi pasar "Jelas Alzn kepada nya." Ok lah, tapi itu lah stress , kita kena cari barang , buat tender,  lepas tu kena check mana murah , kena buat report kasi boss , dia orang, boss lah yang decide " terang dia kepada Alzn. "Kita mana ada power " sambung dia lagi. Memek mukanya dengan dahi yang berkerut ketika bercakap tadi, Alzn rasa tentulah dia betul2 stress waktu bekerja bukan main2.

"Waktu kerja dulu , pernah ke kena posting kat oversea " Tanya Alzn. "Pernah .. Thailand , Indonesia , Malaysia , tapi yang saya kena selalu kat Thailand dengan Indonesia . Thailand dengan Indonesia biasa lah , rasuah banyak , sikit2 nak buat kerja kena sogok , tak de.... kerja tak jalan."Jawab dia bersemangat ."Habis tu apasal tak tinggal sana terus, kan murah , relax tak macam singapura " Jolok Alzn ." Tak lah , sana tak de apa2 ..tak macam singapore. Lainlah macam bangsa asing dia orang enjoy night life .... kita  tak bolih lah macam gitu " sambung dia lagi."Habis u dekat sana kalau nak enjoyment , u buat apa " Tanya Alzn lagi."Biasa lah  borak2 dengan kawan dekat kedai kopi sampai malam ...malam tidor, besok terus kerja."jawabnya. 

Setahu Alzn beribadah itulah enjoyment nya orang Islam. Kalau tidak jadilah kita macam orang2 kafir tu. Mencari enjoyment di dunia ni yang akhirnya membuat kita menyesal di akhirat kelak. Berbual2 tanpa di sedari kopi Alzn sudah pun habis , air teh dia pun begitu juga.

Tiba2 teringin Alzn nak memberikan dia pendapat Alzn . "Kita ni manusia cepat boring , jadi kalau tak nak boring bekerja jadi kuli , tukar saja kerja jadi boss pulak. Cari2lah peluang jadi boss . Lagi kita ni kuli, ashik kena suruh sana suruh sini , kita kena berubah kalau tidak macam gitu lah jadinya . Lagi pun kenyataan hidup tu kita kena terima , manusia tu berubah. Macam kita orang melayu di singapura ni lagi tak mahu jadi boss, jadi taukeh , jadi kuli lah kita sampai tua. " Alzn katakan padanya . Berubah sedikit air muka dia. Sebut pasal tua ni teringat akan Alzn sepotong Ayat Kalamuallah .

"Allah yang telah menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan sesudah lemah menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan sesudah kuat menjadi lemah dan tua . Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Kuasa."
( Surah AR RUM ayat 54 ).

Kami pun bersurai selepas itu , agaknya kata2 Alzn tu pedas sangat tak bagi dia  .Wallahua'lam .
Tuhan sahaja yang tahu.





Posted at 09:25 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Mar 17, 2005
Al Quran panduan ku. Membaca buku

Dua hari yang lepas Alzn terbaca buku yang sungguh menarik hati Azln . Buku itu sudah lama  Alzn beli tetapi sampai hari itu barulah Alzn dapat membaca nya. Sebahagian permulaan isi nya sebagai berikut dengarkan lah :

Perlu di ketahui, bahawa orang yang terjerumus dalam urusan dunia dan menyukai kenikmatan yang di peroleh dengan perantaraan dunia pasti hatinya tidak ingat akan kematian. Jika ada orang menyebut tentang kematian, maka dia benci dan akan berpaling.Mereka lah yang di firmankan Allah SWT yang ertinya :

"Katakanlah : "sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepadanya ( Allah ),yang mengetahui  yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beri kepadamu apa yang telah kamu kerjakan " Surah Al-Juma"ah ayat 8 .

Kemudian perlu juga diketahui, bahawa manusia ada tiga macam : terjerumus , atau bertaubat mahupun orang pandai yang berilmu.

Adapun Orang yang terjerumus tidak akan ingat mati .Apabila dia di ingatkan kematian, maka dia ingat dengan tujuan kesedihannya kerana dunia dan kekurangan harta benda.Orang seperti ini bertambah jauh dari Allah SWT jika ingat kematian.

Sedangkan orang yang bertaubat akan membanyak ingat kematian , agar hatinya timbul rasa takut kepada Allah SWT, sehingga dia benar-benar bertaubat dengan taubat nasuha.Terkadang dia takut akan datangnya maut kerana khuatir belum sempat menyempurnakan taunatnya ataupun belum tersedia bekal. Orang seperti ini dibenarkan membenci datangnya kematian dan tidak termasuk dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa benci akan bertemu dengan Allah, Maka Allah benci bertemu dengannya."
(H.R Bukhari dan Muslim )

Sebab dia tidak benci kematian mahupun bertemu dengan Allah SWT, bahkan dia takut bertemu dengannya kerana kekurangan dan kecerobohannya. Perumpamaannya adalah orang yang terlambat bertemu kekasihnya kerana sibuk dengan persiapan untuk bertemu sesuai dengan cara yang di redai. Maka dia tidak dianggap benci untuk bertemu dengan kekasihnya.

Tanda orang yang termasuk dalam perkara kedua ini adalah selalu bersiap-siap untuk menyambut kematian dan tidak mempunyai kesibukan lain selain hal itu. Apabila tidak, maka termasuklah dia ke golongan mereka yang terjerumus dan terpedaya oleh dunia.

Adapun orang yang pandai dan berilmu adalah tidak selalu ingat akan kematian sebab kematian itulah masa untuk bertemu dan berkunjung kepada kekasihnya, sedangkan orang yang cinta tidak lupa sama sekali untuk bertemu dengan kekasihnya.

Kebanyakan orang yang termasuk dalam kategori ketiga ini menganggap lambat datangnya maut dan ingin agar segera datang maut, agar beralih dari tempat orang-orang yang maksiat dan menuju ke tempat abadi. Sebagaimana di riwayatkan dari Hudzaifah ketika kematian datang menjelang, mak beliau berkata:

"Kekasih yang datang dengan mengendarai unta tidak beruntung kerana penyesalan. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa miskin lebih aku sukai daripada kaya, sakit lebih aku sukai daripada sihat dan kematian lebih aku sukai dari kehidupan, maka mudahkanlah kematian kepada ku sehingga aku bertemu dengan mu."

Maka orang yang bertaubat dibenarkan untuk membenci datangnya kematian dan orang yang termasuk jenis ketiga ini dibenarkan mengharapkan datangnya maut dan menyukainya.

Demikianlah sejebis tulisan yang di kutip dari buku yang Alzn baca itu.Bertanya Alzn pada diri Azln sendiri, golongan yang mana satu kah kedudukan Alzn ??

Kawan2 sekian ..

Wassalam.

Posted at 10:10 pm by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Mar 10, 2005
Al Quran panduan ku. Duduk sarapan bersama kawan.


Selepas mengambil worksorder dari Cik Zubaidah ,Alzn terus turun kebawah, menuju ke van. "Sarapan mana beb ...." Tanya Mohamad ."Biasa lah Dover rd." Jawab Alzn sambil bergegas membuka pintu van. Kunci van di masukkan ketempat nya ."Kreek...Krekkkk...Krekkkk."Bunyi stater enjin sujuki Alzn. Dengan kelajuan 80km/h Alzn terus meluru ke Dover  tempat biasa kami bersarapan.

"Kopi satu Ah Soo"Alzn melaungkan suara ke arah Nyonya yang menjual kopi di Hawker ctr Dover itu.
"Nak makan apa Al " Tanya Nazri kepada Alzn. " Nantilah tunggu Norahim ....Kamal.... Mana dia tak minum?"Tanya Alzn pada Nazri. " Tak tahu aku " Jawab Nazri.

5  minit kemudian kami berlima semuanya sudah berada di meja , sambil masing2 dengan minuman pilihan kami. Alzn , Kamal, Norahim, Mohamad dan Nazri.Begitulah Kebiasaan kami, selalunya duduk bersarapan bersama2 atau sekurang2nya meneguk secawan kopi atau teh sebelum meneruskan pekerjaan kami. "Buat apa kau hari ini "Tanya Alzn pada Norahim ."Maintenance lah" Jawab Norahim."Wah berapa ramai buat maintenace hari ini ,..satu ..dua ...tujuh orang hari ini buat maintenance, habis belum ada faults lagi."Sambung Alzn."Aku dengar ada golden handshake tau "jelas Nazri." Itu hari meeting tak de berita pun " Jawab Muhamad mengeluh.

"Kedai Chicken rise power tu dah tutup , Pak haji sekarang pergi berniaga dekat mana" Tanya Kamal menukar tajuk perbualan.Norahim menjawab " Aku dengar Pak haji dah tak berniaga lagi duduk dekat rumah aja..Mak haji pulak naik risau ..tak tahu apa nak buat dekat rumah"."Bolihlah Mak haji layan Pak haji se hari suntuk"Jawab Mohamad berseloroh. Kami berlima ketawa terbahak2 mengenang kan nasib Pak Haji Kedai makan Chicken rise power tu.Kesian dia di halau olih tauke kedai kopi nya . Gara2 maid tauke yang lari dari kedai kopi itu , Pak haji pula yang disalahkan.Bergaduh mereka hingga Pak haji di halau dan tidak di benarkan berniaga lagi di situ.

"Sorry beb sudah pukul sepuluh ... aku ada appointment .. minta diri dulu lah chow.."Alzn menyelah  dan  terus berundur dari meja tempat mereka bersarapan itu.Demikian lah selalu nya setiap pagi waktu bekerja, mereka akan bersarapan dan berbual2 akan hal masing2. 
Kesah golden handshake yang dikatakan Nazri tadi terngiang2 lagi di telinga Alzn .Sambil memandu Van menuju ke Jurong Island ,risau juga hati Alzn tentang berita itu. Kalau benar berlaku berita itu dan terkena  pada diri Alzn bagaiman  pulak .

"Tidak ada sesuatu yang melata di bumi, kecuali di tanggung olih Allah rezekinya, dan dia ( Allah ) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpannya, semua ( tertulis ) di kitab yang jelas ."
Surah Hud aya 6 .


Mengingatkan Kalam Allah yang diatas itu tadi , Hati Alzn tenteram sedikit.Tenang dan penuh kepercayaan bahwa rezeki sesorang itu adalah di tangan Allah.Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha sahaja , yang menentukan sesuatu itu adalah kuasa Allah.Risau pun hilang di dada.Ketenangan dan keyakinan menyusup. Alzn terus memandu.

Ya Allah Ya tuhan ku kepada engkau lah Aku mengadu akan hal diriku
Ya Allah Ya tuhan ku kepada engkau lah yang diri ku ini akan kembali.
Ya Allah ya tuhan ku redailah diri ku ini dalam usaha sehari2an.
 
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Posted at 11:48 pm by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Feb 27, 2005
Al Quran panduan ku. Bertemu doctor


Assalamualaikum Kawan2 blog .Kita bertemu kembali.

Hari ini  Alzn ada appointment gdn doctor di Polyclinic.Seperti biasa dia mengadakan peperiksaan keatas Alzn .Alhamdulillah semua nya kelihatan bagus, baik cuma dia memberitahu Kadar bad Cholestrol Alzn tinggi sedikit. Blood pressure di beritahunya baik. Selepas itu dia menyuruh Alzn bertemu dgn nutritionist  di clinic itu.

Kira2 pukul 12.30 tengahari nutritionist memanggil nama Alzn masuk kebilik nya.Di belek2nya  fail Alzn dan kemudian dia pun berceramah.Katanya Alzn kena jaga jenis2 makanan yang Alzn makan. Jangan makan makanan yang banyak lemak. Kurangkan kadar makanan yang dimakan, katanya.
Cuba pilih makanan yang rendah cholestrol nya.Cuba melakukan senaman sekurang2 tiga kali dalam seminggu dan macam2 lagi nasihatnya kepada Alzn.Nasehat2 yang diberikannya itu kebanyakan nya ada benarnya, Alzn akui. Cuma Alzn perhatikan cara dia memberikan nasehat itu Alzn kurang senang sedikit.
Nada suara, gerak muka dan anggota badannya  ketika memberi nasinat kepada Alzn bukan dengan cara simpati atau memberi galakan tetapi lebih kepada cara menyindir dan menyalahkan diri Alzn.

Alzn cuba bersabar mendengarkan nasehatnya, mengangguk2 kan kepala tanda setuju.Diam tak diam masa berjalan hampir setengah jam.Memandangkan Alzn ada kelas agama dalam pukul 2.30 ptg terpaksa lah Alzn membalas kata2 beliau.Alzn beritahunya bahawa kebanyakan masakan orang melayu kita ni banyak kolestrol yang tinggi.Pengetahuan tentang makanan yang berkolestrol rendah untuk makanan melayu pula Alzn tidaklah begitu pasti sangat.Alzn bertanya kepadanya kalau lah jenis2 makanan melayu yang berkoletrol rendah ada di dalam pengetahuan nya tolonglah beritahukan Alzn.Dengan penuh keyakinan dia memberikan jawpannya tetapi jawapan yang diberikan kepada Alzn sungguh kurang memuaskan hati Alzn, masih dalam bentuk menyindir dan menyalahkan Alzn sahaja.

Untuk mengubahkan mood keadaan ketika itu Alzn bertanya kepadanya, pernahkan dia memakan makanan orang2 melayu untuk diet harian nya.Jawabnya dengan selamba dia tidak pernah dan katanya dia tidak sukakan makanan orang melayu sangat.  Alzn bertanya kepada nya bagaimana dia hendak menasihatkan Alzn sedang dia sendiri tidak pernah merasa masakan melayu untuk diet harian nya.Tentulah nasihat yang diberikan itu jauh dari kebenaran. Jawab Alzn,nampaknya Alzn terpaksalah jadi nutritionist dalam masakan orang melayu dan membuktikan dengan memakan masakan2 orang melayu yang bolih merendahkan kadar koletrol dalam badan. 

Dia menganggok2kan kepala nya tanya setuju. Berubah sedikit ruak wajahnya, tersenyum simpul pula dia dengan kata2 yang Alzn ucapkan kepada nya.Sedarlah akan diri nya tentang kebodohan nya sendiri.Perbualan itu berakhir dengan mesra , dia menepuk2kan bahu Alzn beberapa kali dgn keriangan.Alzn beredar dari biliknya dan terus ke farmasi.

Bagi Alzn kita manusia ini tiada sepi dari membuat kesilapan dalam kehidupan kita .Memaafkan dan menasihati orang dengan baik dan bijaksana itu adalah jalan kepada unsur kemanusiaan itu sendiri. Manusia itu lebih gemar kepada kelembutan dan kemesraan.
Teringat kan Alzn akan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud;

 "Sebagai wujud kasih sayang Allah kepada kamu dan mereka , kamu bersikap lemah lembut dan tidak berkata kasar kerana kesalahan mereka. Dan seandainya kamu bersikap kasar dan keras, mereka pasti akan bercerai berai meninggalkan mu. Oleh sebab itu lupakan kesalahan mereka dan mintakanlah ampunan untuk mereka.Dan ajaklah mereka bermusyawarah untuk mengetahui pendapat mereka dalam berbagai persoalan yang tidak di sebut dalam wahyu. Apabila kamu telah bertekad untuk mengambil satu langkah setelah terlebih dahulu melakukan musyawarah, laksanakan langkah itu dengan bertawakkal kepada Allah, kerana Allah benar2 mencintai orang2 yang menyerahkan urusan kepada nya."

Alzn sebagai hamba Allah Hanya Berdoa kepada Allah agar diampunkan nya Kesalahan dan Dosa Alzn.

Ya Allah ampunilah diriku ini dari dosa2ku.
Ya Allah ampunilah ayah dan ibuku dari dosa2 mereka.
Ya Allah ampunilah sahabat2 dan kawan2ku dari dosa2nya.
Ya Allah ampunilah kaum muslimin dan muslimat dari dosa2mereka.
Ya Allah ampunilah kaum mu'minin dan mu'minat dari dosa2 mereka.
Ya Allah Akhir sekali engkau cucurilah Selawat dan Salam keatas Nabi ku Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya.

Segala puji dan pujian hanya kepada angkau ya Tuhanku.

Wassalam

Posted at 12:10 am by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Feb 18, 2005
Al Quran panduan ku. Hijrah dan Muharram



Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( An-Nisaa : 100 )



Sempena Kedatangan tahun baru Hijrah Ini.Dan Demi Al Quran yang penuh Cahaya.

Awalnya Muharram..

Ya Allah jadikan diriku sebagai seorang pembaca Al Quran.
Ya Allah .....jadikan diriku sebagai pejuang Al quran.
Ya Allah .....jadikan diriku sebagai seorang yang Cintakan Al Quran.
Ya Allah .....jadikan diriku sebagai seorang penghafal Al quran.
Ya Allah .....jadikan diriku sebagai orang yang mencitai sesiapa yang sahaja yang mencitai Al quran.
Ya Allah .....jadikan diriku sebagai seorang yang berakal kan Al Quran.
Ya Allah .....jadikan diriku sebagai seorang yang berhati kan Al quran.



Ya Allah perkenankan lah doa ku ........
Doa seorang hamba mu yang serba kekurangan.......
Amin amin Ya Rabbal Alamin.


 

 


Posted at 07:51 pm by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Feb 2, 2005
Al Quran panduan ku. Tsunami


Assalamualaikum kawan2 .Apa khabar semua.Harap dalam keadaan sehat walafiat.Alzn Alhamdulliah sehat belaka.Kepada Masmerah Gambar yg Alzn pilih Ombak yg besar bagai ombak tsunami ini memang memberikan satu peringatan kepada diri Alzn betapa kekuasaan Allah begitu besar dan tak disangka2 datang untuk menyedarkan kita yg hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.Dan kehidupan di dunia ini adalah semata2 sebagai persiapan untuk kita menghadapi kehidupan yg lebih besar dan kekal di akhirat.

Membaca Alquran adalah salah satu dari cara Alzn untuk mengenangkan akan peristiwa2 yang akan akan kita hadapi di masa akan datang .Peristiwa2 besar yang akan kita hadapi .Dan Alzn  pasti kita akan menghadapinya .Dan sebagai seorang yg mengaku dirinya Islam tentulah peristiwa2 besar  itu senantiasa bermain di dalam hati dan fikiran nya.

Ketika membaca Al-quran tu Alzn senantiasa berdoa kepada Allah, agar di selamatkan diri  Alzn dan mereka2 yang Alzn sayangi dari azab , sengsara dan kesusahan di masa itu.Kadang2 meleleh air mata Alzn ..mengenangkan usaha dan amal yg Alzn lakukan selama ini ,mengikut rasa hati Alzn belum lah mencukupi.Yang tinggal hanya takut dan harap Alzn kepada Allah Yg maha pengasih dan penyayang akan rahmatnya.  

Kepada Kawan2 yg lain jika ada lah tips2 atau cara yg pernah kawan2 alami yg kawan2 yakin akan dapat menyelamatkan kita ketika berlakunya hari yang dijanjikan itu ... Jangan lah segan ..berkongsilah dengan Alzn.

Sekian Hingga Bertemu Kembali

Al-Quran ...engkaulah teman ku.
Allah .........engkaulah tuhan ku.

Alzn


Posted at 01:14 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Jan 23, 2005
Al Quran panduan ku. Kambing

hello apa khabar semua semoga bahagia di sisi keluarga.......

sedang beraturlah menunggu giliran untuk di korban ..bahagia betul lah...

dimana kah engkau wahai kambing? adakah kamu semua sihat....

Apa khabar semua kawan2. Hari raya korban ini nampaknya banyak  jemaah2 di singapura bersedih sedikit kerana terpaksa menunggu kambing2 korban yg belum sampai .


Agaknya mogok sedikit kambing2 tu.Yang kena menunggu tu Alzn harap dapatlah bersabar ..Kambing2  tu takkan lah lari. Mereka itu sanggup dikorban kan kerana tuhan nya Allah. Tentu bahagia ..akhirnya.


Alzn cuma dapat mengorban masa untuk lebih banyak membaca Alquran .Melungsur di Internet mencari peminat peminat pembaca Alquran.Untuk pengetahuan kawan2 ada satu site iaitu www.geocities.com/jemaah_iqra/ sungguh menarik perhatian Alzn .Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga secara percuma demi menggalakkan masyarakat membesarkan dan mengagungkan Kalam Allah dgn mengajak mereka bersama2 membaca Alquran .


Shabas ..Shabas Alzn ucapkan kepada mereka ..Insya Allah Alzn akan mengikuti jejak mereka.


Sekian hingga bertemu kembali
Salam Dari Alzn








 


Posted at 06:19 pm by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Jan 16, 2005
Al Quran panduan ku. Selamat tahun baru dan selamat hari raya haji

Alhamdulliah shukur saya kepada Allah. 
Selawat dan salam saya kepada Nabi saya Muhammad 
para anbiya ,shuhada,siddikin,salihin ,mukminin mukminat.muslimin dan
muslimat .Kepada teman2 di blog  saya ucapkan ASSALAMUALAIKUM.

 HARAF MAAF !!!!! kerana lama tidak kelaman blog ini.

Bingung ,sakit dan tak tahu nak buat apa..... tapi buat macam2 dalam 
dalam kehidupan harian.

Nasib baik ada ada kawan yang memberi peringatan..Alhamdulillah 
saya ucapkan shukur dan terima kasih kepada Allah
        
Kepada kawan yang memberi peringatan ... hanya Allah sahaja yang sebaik2
memberi balasan ...Amiiiiin.

 Tahun baru ini saya Alzn berazam untuk lebih banyak melakukan perkara2  
 yang membuat saya dekat kepada Allah.
     
 Tetapi apa agaknya yg dapat mendekatkan diri kepada Allah.....
 Apa agaknya perkara yg dapat mendekatkan diri kita kepada Allah...
           
Tolonglah saya ....................!
Tolonglah ceritakan pengalaman kawan2 dan nasihatkan saya........

Alzn  hati yg resah gelisah ini.           
          


Posted at 10:06 pm by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Previous Page Next Page