Assalamualaikum Kawan2 seblog ku . Bertemu kita sekali lagi . Apa khabar semua, semoga sehat2 belaka hendaknya dan berbahagia bersama keluarga. Alzn Alhamdulillah , shukur kepada Allah SWT dan kepada junjungan nabi kita Muhammad SAW, Alzn ucapkan selawat dan salam atasnya.
Bulan Shawal sudah pun hampir meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut pula bulan Zulkaedah . Rasanya begitu cepat masa berjalan . Alzn bershukur kepada Allah kerana dapat meraikan Hariraya Aidilfitri ini sekali lagi. Berjalan kerumah sanak saudara mengiratkan lagi tali siratul rahim antara sesama kita. Walaupun hampir tiap2 tahun bila Alzn berhari raya rasa nya macam acara dan routine yang sama sahaja ,tetapi bagi Alzn tahun ini ada kelainan sedikit. Jika dahulu kalau Alzn beraya di rumah yang Alzn lawati , Alzn hanya ingat makan dan minum sahaja. Tetapi pada tahun ini persoalan yang bermain di kepala Alzn bila melawat , ialah apakah sebenar nya tujuan mereka yang menyambut Alzn dan apakah matlamat Alzn menziarahi mereka. Dan lagi apakah sebenarnya ziarah menziarahi antara satu sama lain itu ada faedah nya.
Ada sekali tu Alzn beraya di rumah jiran Alzn , ketika kami berbual2 tentang tetangga Islam di block yang Alzn tinggal . Menceritakan tentang bertambahnya penduduk Islam di block kami. Jiran Alzn itu memberitahu yang dia merasa segan untuk berkenalan dengan jiran tetangga islam kami yang lain. Alasan yang diberikannya, dia tidak biasa melakukan perkara tersebut. Jawab Alzn kepadanya, kita sebagai orang Islam sepatut nya menjadi tabiat kita menziarahi jiran , kerana menziarahi jiran itu bolihlah diumpamakan seperti memberi salam kepada seseorang. Tidakkah memberi salam itu merupakan satu sunnah Nabi Kita . Dan ianya merupakan salah satu cara daripada kerja2 Dakwah Islamiah .
Jiran Alzn itu pun mengenali Alzn kerana Alzn minat kepada seni bacaan Al Quran. Sudah beberapa kali Alzn mengajaknya bersama2 membaca Al Quran bersama2 Alzn. Walaupun beliau menolak , itu tidak menjadi alasan bagi Alzn untuk tidak terus cuba berusaha menjalankan kerja Dakwah ini (menggalakkan sesiapa yang Alzn kenali meminati kepada seni membaca Al Quran ). Ketika Alzn beraya , kebanyakan mereka2 yang Alzn perhatikan mempunyai berbagai minat tetapi mereka tidaklah begitu minat kepada bacaan Al Quran . Dapatlah lah Alzn kenali akan minat2 mereka itu dengan lawatan Alzn ketika beraya. Jauh sekali Alzn bertemu mereka yang meminati, salah satu dari lima tiang agama Islam kita ini. Mereka hanya melakukan perbuatan agama mereka sahaja , meminat dan mengajak berkumpulan dan mengerjakan bersama2 bukan urusan mereka.Walaupun bulan Ramadhan merupakan bulan kita menegakkan ibadah puasa. Dan Syawal merupakan bulan kita menyambut kemenangan akan perbuatan kita menegakkan ibadah puasa. Tetapi nampak nya Syawal yang mereka sambut itu melainkan merupakan pesta makan dan minum sahaja, tiada topik2 keagamaan yang berkait dengan sambutan mereka itu. Wallahua'lam.
Telah berfirman Allah SWT dalam Surah 4 ayat 1:-
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada satu diri, dan daripadanya Allah menciptakan pasangannya, dan memperkembang biakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan ( menyebut nama ) nya , dan ( peliharalah hubungan ) keluarga. Sesungguhnya Allah adalah sangat memperhatikan kamu."
Sekian Dari Alzn
Hingga bertemu kembali
Wassalam.
Posted at 10:16 pm by alzn
 |  |  |
Xanax February 26, 2006 09:39 PM PST
Nice Entry. |
 |
Tak ada apa2 nak comments ke?