Al Quran panduan ku. Kembali ke rahmatullah..
Assalamualaikum kawan seblogku. Kita bertemu lagi .Alzn bershukur kepada Allah SWT kerana masih ada umur dan kesempatan untuk bercerita di blog ni. Selawat dan Salam kepada Nabi besar kita Muhammad SAW dan kepada sahabat2nya.
Bukan apa nak berceritakan tentang Xda2 yang Alzn gunakan . Nampaknya terpaksalah Alzn KIV dahulu penggunaan Xda2 tu untuk entry di blog ni. Setelah bersusah payah Alzn dapat melunsur ke internet dengan menggunakan Xda2 tu dan dapat masukkan dua entry, Alzn terpaksa berhenti menggunakan nya kerana penggunaan ke internet dengan Xda2 tu tak dibenarkan oleh company Alzn. Jadi kenalah Alzn menggunakan desktop pc balik.
Hari ini di surat khabar ada berita mengenai kewafatan seorang bekas MP melayu , Almarhum Encik Haron Ghani . Siapa lah orang2 melayu di Singapura ini yang tidak kenal akan Cikgu Haron ni . Alzn selalu juga bertembung dengan beliau di Masjid Ba'Alwi ketika beliau masih hidup. Tetapi tak lah kenal Alzn itu rapat sangat . Pada Alzn jasa yang beliau tinggalkan sebagai kenangan ialah ketika suatu waktu Alzn mengikuti seorang teman Alzn mencari sponsorship untuk trophy satu peraduan tilawah bacaan Al Quran. Beliau telah berbesar hati untuk mendermakan sejumlah wang untuk trophy itu setelah puas teman Alzn ketempat2 lain. Kami sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau dalam satu majlis menyambut maulid Nabi di kawasan Jurong pada satu ketika yang lain.
Itulah pertama kali Alzn berbual2 dengan beliau di majlis itu. Kawan Alzn tu pula merupakan ahli Sukarelawan Jemaah Iqra . Beliau ni bergiat secara sukarela dan percuma , untuk memperbudayakan bacaan Al Quran di majlis2 masyarakat Islam di Singapura dengan memberi perhidmatan bacaan Al Quran kepada sesiapa yang mengkehendaki Qari2 atau Qariah2 di majlis mereka. Kumpulan beliau juga akan membantu mana2 pihak yang ingin menganjurkan majlis Al Quran atau tilawah secara sukarela.
" Sukarelawan Jemaah Iqra yang ada lelaman internet....Sukarelawan Jemaah Iqra yang ada lelaman internet ..ammmmm... " itulah kata2 yang masih Alzn ingat yang di ucapkan oleh Almarhum Cikgu Haron kepada kami ,ketika kawan Alzn memperkenalkan dirinya dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau. Di ucapkannya kata2 itu berulang2 kali didepan Alzn. Pada waktu itu Alzn tidak berani untuk bertanya kepadanya kenapa diulang2 kata2 begitu berulang2 kali. Maklumlah dia seorang tetamu terhormat di majlis itu, Alzn pula merupakan tetamu biasa sahaja.
Dengan sumbangan beliau, piala pusingan majlis tilawah Al Quran yang kawan Alzn bantu itu di namakan dengan nama beliau. Tetapi menurut kawan Alzn pertandingan itu tidak di teruskan lagi sebagai acara tahunan. Tak tahu lah Alzn kenapa sebabnya. Mungkin mereka2 itu tidak minat akan majlis2 Al Quran lagi. Sedih juga Alzn kenangkan nasib kawan Alzn tu. Tetapi walau bagaimana pun marilah kita sama bacakan surah Al fatihah kepada Almarhum Cikgu Haron Ghani. Mudah2an roh nya dirahmati Allah.
Al Fatehah
Amin Ya Rabbal A'lmin
Firman Allah Dalam Surah Al Baqarah, Ayat 141 yang bermaksud :-
"Itulah umat yang telah lalu. Baginya apa yang diusahakannya dan bagi kamu apa yang kamu usahakan. Dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawabkan tentang apa yang telah mereka kerjakan "
Sekian hingga bertemu kembali
Alzn
Posted at 11:17 am by alzn
Tak ada apa2 nak comments ke?