Akan KU tulis cerita2 pengalaman KU agar para pembaca di sana dapat berkongsi pengalaman bersama KU.
Mana yang berguna dapat kira di ambil .
Mana2 yang kurang harap perbaikikan untuk KU.
Bagaimana Tinggi Ombak kehidupan dunia ini melanda kita , sama2lah kita berkongsi pengalaman tanda sebagai kawan .

ALZN
AL QURAN PANDUAN KU







Kamu tetamu yang ke




Nama : Alzn

Tanahair: Singapura

Status: Sudah Berumahtangga

Kegemaran : Membaca Al-Quran dan termenung mengenang nasib

Cita2 : Masuk ke Shurga Allah dan memandang wajahnya.

Cita2 Di dunia : Memperbanyakkan peminat Kalam Allah

Manusia Idola : Nabi Muhammad S.a.w

Pekerjaan : Seorang Technician

Status sekarang : Baru nak berjinak2 dengan pembacaan Al Quran dan
penulisan
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Oct 29, 2007
Al-Quran panduan ku. 2 tahun meninggal kan blogging.

Salam kembali kepada teman-temanku seblog . Sudah genap 2 tahun Alzn meninggalkan penulisan di blog ini. Kini ALzn kembali lagi. Ucapkan lah tahniah kepada Alzn kerana telah kembali kepada penulisan blog ini. Setelah 2 tahun menghilangkan diri menulis , terasa Alzn untuk kembali meluahkan isi hati ini di dalam blog kembali. Walaupun 2 tahun tidak menulis , Alzn tetap menjenguk juga blog Kawan-kawan yang masih menulis.

Shukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi memberi kesempatan kepada Alzn untuk kembali menulis. Kepada sesiapa yang masih melawat ke blog Alzn . Alzn mengucapkan terima kasih dan ampun dan maaf kerana sudah 2 tahun menghilangkan diri.

Tahun ini Alzn ingin menyertakan guru dan teman Qari Mesir yang Alzn kenali selama Alzn mencheburkan diri  dalam seni pembacaan  Al quran .

Sheik Inzil Rijal dari Mesir.

 

Al marhum Sheik Rejab Shaaban dari Mesir.

Al marhum Sheik Mahmood Husain Mansor dari Mesir.

Kenangan Alzn bersama-sama dengan Qari -qari Mesir ini merupakan satu-satu nya antara kenanagan yang tidak dapt Alzn lupakan dalam ingatan . Kepada beliau-beliau ini Alzn bacakan Al Fateha.. semoga mereka ini di golongkan kedalam orang-orang yang di redai olih Allah S.W.T.

Sekian dari Alzn

Wassalam sehingga bertemu kembali.

 

 


Posted at 02:03 pm by alzn
Comments (2)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Nov 30, 2005
Al Quran Panduan ku . Beraya menziarah sanak saudara

Assalamualaikum Kawan2 seblog ku . Bertemu kita sekali lagi . Apa khabar semua, semoga sehat2 belaka hendaknya dan berbahagia bersama keluarga. Alzn Alhamdulillah , shukur kepada Allah SWT dan kepada junjungan nabi kita Muhammad SAW, Alzn ucapkan selawat dan salam atasnya.

Bulan Shawal sudah pun hampir meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut pula bulan Zulkaedah . Rasanya begitu cepat masa berjalan . Alzn bershukur kepada Allah kerana dapat meraikan Hariraya Aidilfitri ini sekali lagi. Berjalan kerumah sanak saudara mengiratkan lagi tali siratul rahim antara sesama kita. Walaupun hampir tiap2 tahun bila Alzn berhari raya rasa nya macam acara dan routine yang sama sahaja ,tetapi bagi Alzn tahun ini ada kelainan sedikit. Jika dahulu kalau Alzn beraya di rumah yang Alzn lawati , Alzn hanya ingat makan dan minum sahaja. Tetapi pada tahun ini persoalan yang bermain di kepala Alzn bila melawat , ialah apakah sebenar nya tujuan mereka yang menyambut Alzn dan apakah matlamat Alzn menziarahi mereka. Dan lagi apakah sebenarnya ziarah menziarahi antara satu sama lain itu ada faedah nya.

Ada sekali tu Alzn beraya di rumah jiran Alzn , ketika kami berbual2 tentang tetangga Islam di block yang Alzn tinggal . Menceritakan tentang bertambahnya penduduk Islam di block kami. Jiran Alzn itu memberitahu yang dia merasa segan untuk berkenalan dengan jiran tetangga islam kami yang lain. Alasan yang diberikannya, dia tidak biasa melakukan perkara tersebut. Jawab Alzn kepadanya, kita sebagai orang Islam sepatut nya menjadi tabiat kita menziarahi jiran , kerana menziarahi jiran itu bolihlah diumpamakan seperti memberi salam kepada seseorang. Tidakkah memberi salam itu merupakan satu sunnah Nabi Kita . Dan ianya merupakan salah satu cara daripada kerja2 Dakwah Islamiah .

Jiran Alzn itu pun mengenali Alzn kerana Alzn minat kepada seni bacaan Al Quran. Sudah beberapa kali Alzn mengajaknya bersama2 membaca Al Quran bersama2 Alzn. Walaupun beliau menolak , itu tidak menjadi alasan bagi Alzn untuk tidak terus cuba berusaha menjalankan kerja Dakwah ini (menggalakkan sesiapa yang Alzn kenali meminati kepada seni membaca Al Quran ). Ketika Alzn beraya , kebanyakan mereka2 yang Alzn perhatikan  mempunyai berbagai minat tetapi mereka  tidaklah begitu minat kepada bacaan Al Quran . Dapatlah lah Alzn kenali akan minat2 mereka itu dengan lawatan Alzn ketika beraya. Jauh sekali  Alzn bertemu mereka yang meminati, salah satu dari lima tiang agama Islam kita ini. Mereka hanya melakukan perbuatan agama mereka sahaja , meminat dan mengajak berkumpulan dan mengerjakan bersama2 bukan urusan mereka.Walaupun bulan Ramadhan merupakan bulan kita menegakkan ibadah puasa. Dan Syawal merupakan bulan kita menyambut kemenangan akan perbuatan kita menegakkan ibadah puasa. Tetapi nampak nya Syawal yang mereka sambut itu melainkan merupakan pesta makan dan minum sahaja, tiada topik2 keagamaan yang berkait dengan sambutan mereka itu. Wallahua'lam.

Telah berfirman Allah SWT dalam Surah  4 ayat 1:-

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada satu diri, dan daripadanya Allah menciptakan pasangannya, dan memperkembang biakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan ( menyebut nama ) nya , dan ( peliharalah hubungan ) keluarga. Sesungguhnya Allah adalah sangat memperhatikan kamu."

Sekian Dari Alzn
Hingga bertemu kembali
Wassalam.

Posted at 10:16 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Nov 5, 2005
Al Quran Panduan ku. Selamat menyambut Hari Raya .

Assalamualaikum Kawan2 seblogku semua .Bershukur Alzn kepada Allah swt kerana dapat berpuasa sebulan penuh dan sekarang dapat meraikan Hari Raya pula . Kepada junjungan Nabi Muhammad saw , selawat dan salam Alzn tujukan . Al Fateha ....

Sempena Hari Raya ini Alzn ingin memohon maaf kepada Kawan seblog sekian yang mana mengenali Alzn , harap maafkan segala kesalahan Alzn yang telah Alzn lakukan kepada kawan2 dengan secara sedar atau dengan tidak sengaja , semoga kita bertemu dengan tuhan rabbul alamin dengan selamat tiada halangan dan hisab . InsyaaAllah.

Selama sebulan ini Alzn begitu sibuk mengikuti rakan2 Alzn mengiringi Qari2 Mesir kemerata Masjid di Singapura . Al hamdulillah persahabatan  Alzn dengan Qari2 ini bertambah2 erat dan mesra lagi . Sebagai Amanah dari kementerian wakaf Mesir , Qari2 ini telah membuat persembahan bacaan Al Quran mereka di masjid2 dengan begitu baik sekali. Alzn bershukur kerana dapat mengiringi mereka ini hampir setiap malam Ramadan . Para Qari2 ini selain hafiz mereka merupakan Ahli tarannum Al Quran . Bacaan Al Quran mereka yang berlagu ini sungguh menyentuh perasaan Alzn . Doa2 yang mereka baca begitu memberi bekas bukan sahaja kepada Alzn tetapi juga kepada para jemaah yang mendengarkan nya.  Alzn berharap bacaan dan persembahan mereka ini menjadi contoh tauladan untuk di ikuti oleh para imam2 kita di Singapura ini . Bukankah kita sebagai orang Islam senantiasa ingin memperbaiki diri kita untuk menjadi yang terbaik dalam amalan kita.

Firman Allah swt dalam Al Quran surah AL Mulk ayat 2 :-

"Yang menciptakan kematian dan kehidupan supaya dia menguji kamu siapakah yang lebih baik diantara kamu amalnya? dan dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun ."

Sekian sahaja dari Alzn sehingga bertemu kembali
Wassalam

Posted at 01:43 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Oct 10, 2005
Al Quran panduan ku. Kenangan manis mengambil bubur di masjid.

Alhamdulillahirabbilalamin shukur Alzn kepada Allah swt kerana bertemu lagi bulan Ramadhan yg mulia ini. Kepada rakan seblogku yg beragama Islam ku ucapkan selamat berpuasa , yg tidak tu buat suka hati awaklah .Selawat dan salam Alzn ucapkan kepada junjungan besar nabi kita Muhammad saw , ahli keluarga dan para pengikutnya.


Bulan Ramadhan , bagi alzn masyarakat islam Singapura sekarang ini kurang meriah meraihkan nya , jikalau di bandingkan dgn 20 thn dahulu. Hiruk piruk orang2 yg beratur di masjid2 untuk mengambil bubur untuk berbuka tidak se gairah dahulu. Mungkin sekarang ini masyarakat kita sudah ramai yg lebih mewah jadi mengambil bubur di masjid kurang mendapat sambutan mereka. Bagi Alzn sekeluarga sudah hampir masuk tahun yang keempat Alzn galakkan isteri Alzn memasak juadah berbuka dgn berlebihan dan diberikan kepada jiran2 islam Alzn seberapa yg dapat di berikan beliau.


Ahamdulillah , dahulu baru2 nampak kekok juga jiran2 nak menerimq budaya berkongsi juadah berbuka ni. tetapi setelah empat tahun Alzn sekeluarga berterusan mengamalkan nya , nampak nya berkesan juga akhirnya. Muka anak2 jiran Alzn yg tidak pernah Alzn lihat , sekarang tertonjol mengetuk pintu rumah Alzn.Anak2 Alzn semuanya sekarang pun sudah pun kenal akan jiran2 dan kawan2 baru.


Wah sudah hampir pukul lima setengah ptg , tak sedar Alzn dibuatnya,menaip menggunakan XDa ni , diam2 hampir satu jam berjalan.
Sekian sahaja hingga kita berjumpa lagi .


Salam dari Alzn.

Posted at 06:14 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Aug 23, 2005
Al Quran Panduan Ku. Membaca dan menulis ....

Assalamualaikum kawan2 seblog, bertemu kita lagi kali ini. Alhamdulillah Alzn ucapkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam Alzn kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat2nya. Sudah hampir 2 minggu tidak menulis di blog ini. Apa khabar2 kawan semua, semoga berada di dalam keadaan sehat2 belaka harapnya. Bahagia dan ceria selalu hendaknya. Alzn Alhamdulliah sehat belaka , tetapi hari ini Alzn malas hendak pergi kerja . Pergi bertemu Doctor ambil mc satu hari. Hari ini pula hujan, maka bertambah2 rasa malas itu.

Bukan apa, semalam di tempat kerja Alzn ada kunjungan dari Managing Director (Big boss) hampir satu jam setengah dia berceloteh , menceritakan arah tujuan company ,penyata kira2, untung rugi dan target setting kumpulan dalam company. Penuh semangat dia berbual . Kita orang2 bawah ni dengar dah naik meluat . Mungkin dia nak ikut cara PM beri ucapan. Maklumlah hari minggu itu Pm kita baru buat ucapan National day. Habis dia berceloteh , seperti biasa dibukakan pula sessi soal jawab untuk kita. Alzn pun dah suspect kuat , satu orang pun tak akan bertanya apa2 dengan nya. Macam Alzn ceritakan kesah yang lalu , kita orang dan pekerja Singapura ini dah tak berani lagi untuk memberi pendapat. Main anggok kepala sahaja tanda setuju . Taat dan patuh lah kononnya. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Yang kami pekerja ini naik meluat ialah cerita mereka akan kesusahan yang akan di alami pada masa2 akan datang. Peliknya company Alzn ni untung nya semakin bertambah2 . Dia orang ni pun pandai betul berlakon di depan kita . Setahun sekali baru nak jumpa kita orang2 bawahan ni. Konon nya dengan berceritakan cerita2 begini akan membuat kita bermotivasi untuk berkerja kuat2 untuk mereka. Yang pasti Alzn lihat wajah2 teman2 kerja Alzn nampak nya sudah pun lesu dan tak bermaya lagi untuk meneruskan kerja2 mereka , bukan makin bahagia makin sakit nampaknya .

Nasib baik lah Alzn ni orang Islam .Kita ni di galakkan senantiasa berharap kepada Allah swt dalam segala hal . Berusaha dengan sungguh2 dan tidak lupa berdoa dan meminta pertolongan dari Allah dalam menghadapi asam garam kehidupan ini. Dan senantiasa berlapang dada dengan apa yang di takdirkan nya. Bukan kita menceritakan khabar ancaman atau takut semata2 untuk mencari keuntungan diri dan menyembunyikan berita2 gembira dari orang yang patut menerima nya.

Firman Allah dalam surah Al Kahfi Ayat 29 yang bermaksud;

"Dan katakanlah : Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman , dan barangsiapa yang ingin ( kafir) biarlah ia kafir".....


Sekian Wassalam

Alzn


Posted at 01:33 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Aug 10, 2005
Al Quran Panduan ku. Selamat menyambut hari lahir.

Assalamualaikum kawan2 seblog . Bertemu kita kembali. Alhamdulillah shukur kepada Allah Alzn ucapkan , selawat dan salam kepada Rasullulah dan sahabat2 nya.

Dan tidak lupa kepada sekelian warga Singapura selamat menyambut hari ulangtahun negeri mu yang ke 40 tahun. Negeri yang Alzn duduki di dunia sementara ini. Hari ini Azln menyaksikan di kaca TV begitu ramai anak watan negara ini menyambut hari kemerdekaan negeri ini dengan begitu meriah sekali . Agaknya mereka ini tentu merasa bahagia betul bernegeri kan negara ini. Para2 menterinya yang duduk di kerusi hadapan menyaksikan dari perbagai bangsa dan budaya mempersembahkan acara tarian , nyanyian dan lain2 pertunjukan untuk menghiburkan hati mereka. Singapura ini masyarakatnya yang berbilang kaum iaitu bangsa Cina ( Majority ) , melayu , India dan lain2 bangsa.

Tentulah perasaan pemimpin2 negeri ini merasa begitu bahagia sekali mempunyai rakyat yang harmonis dan begitu maju, atau ini merupakan satu pertunjukan sahaja ? Dari kaca Tv, riak2 muka pemimpin2 tu pada Alzn taklah sebagaimana meriah dan gembira sebagaimana pertunjukan yang diadakan . Alzn yang di lahirkan di Singapura ini sejak lebih 40 tahun yang lalu , rasanya tiadalah banyak yang dapat di pelajari dari pemimpin2 ini. Yang pasti apa yang telah dibuat oleh mereka oleh Alzn tiadalah lain selain membuat Alzn senantiasa harus bekerja mencari duit setiap hari . Bagi meyelesaikan masaalah2 bill2 yang bertambah2 naik lagi membebankan. Hampir setiap kenalan Alzn yang berkerakyatan Singapura pasti akan menceritakan kelohan mereka tentang masaalah2 bill2 yang harus mereka selesaikan. Apa yang telah mereka buat selama ini tiadalah lain menjadikan rakyatnya berjiwakan wang ringgit semata. Contoh kehidupan yang ideal bagi mereka berdasarkan status wangringgit semata. Kalau ada kebaikan yang di lakukan pun hampir semua nya berbaukan wang dan ringgit sahaja. Contoh nya kisah NKF baru2 ini. Kenyataan tentang perbualan ini berlaku dimana2 peringkat masyarakat bawahan. Bekerja setiap hari dan membesarkan ekonomi mereka merupakan agenda pertama dalam hidup mereka.Yang peliknya tiada siapa yang berani memberitahukan perkara yang berada di kepala rakyat ini, kerana memberi pendapat Di Singapura ini merupakan satu kesalahan besar.

Hampir tiap2 tahun ucapan hari kebangsaan yang di ucapkan merupakan berita2 yang menggerunkan . menceritakan seolah2 keselamatan yang di gugat2, ekonomi yang tidak cerah dan senantiasa berwaspada seakan2 ada musuh2 yang akan menjahanamkan negeri ini. Rasa shak wasangka yang begitu berlebihan sangat . Yang pasti akan membuat rakyatnya lebih kiasu . ( Takut kehilangan sesuatu ,yang tak tahu apa benda nya ). Bagi Alzn rakyat Singapura ini sudah lama kehilangan identity mereka sebagai seorang manusia yang perlukan akan penciptanya.
Ini merupakan pendapat Alzn sendiri sahaja bukan untuk mengingung mana2 pihak. Harap maaf.

Teringat Alzn akan firman Allah dalam surah Al Mulk Ayat  2:-

" Yang menciptakan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji kamu siapakah yang lebih baik diantara kamu amalnya ? Dan Dia maha Perkasa lagi maha Pengampun . "

Sekian sehingga bertemu kembali

Alzn

Posted at 12:56 am by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Aug 4, 2005
Al Quran panduan ku. Kembali ke rahmatullah..

Assalamualaikum kawan seblogku. Kita bertemu lagi .Alzn bershukur kepada Allah SWT kerana masih ada umur dan kesempatan untuk bercerita di blog ni. Selawat dan Salam kepada Nabi besar kita Muhammad SAW dan kepada sahabat2nya.

Bukan apa nak berceritakan tentang Xda2 yang Alzn gunakan . Nampaknya terpaksalah Alzn KIV dahulu penggunaan Xda2 tu untuk entry di blog ni. Setelah bersusah payah Alzn dapat melunsur ke internet dengan menggunakan Xda2 tu dan dapat  masukkan dua entry, Alzn terpaksa berhenti menggunakan nya kerana penggunaan ke internet dengan Xda2 tu tak dibenarkan oleh company Alzn. Jadi kenalah Alzn menggunakan desktop pc balik.

Hari ini di surat khabar ada berita mengenai kewafatan seorang bekas MP melayu , Almarhum Encik Haron Ghani . Siapa lah orang2 melayu di Singapura ini yang tidak kenal akan Cikgu Haron ni . Alzn selalu juga bertembung dengan beliau di Masjid Ba'Alwi ketika beliau masih hidup. Tetapi tak lah kenal Alzn itu rapat sangat . Pada Alzn jasa yang beliau tinggalkan sebagai kenangan  ialah ketika suatu waktu Alzn mengikuti seorang teman Alzn mencari sponsorship untuk trophy satu peraduan tilawah bacaan Al Quran. Beliau telah berbesar hati untuk mendermakan sejumlah wang untuk trophy itu setelah puas teman Alzn ketempat2 lain. Kami sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau dalam satu majlis menyambut maulid Nabi di kawasan Jurong pada satu ketika yang lain.

Itulah pertama kali Alzn berbual2 dengan beliau di majlis itu. Kawan Alzn tu pula merupakan ahli Sukarelawan Jemaah Iqra . Beliau ni bergiat secara sukarela dan percuma , untuk memperbudayakan bacaan Al Quran di majlis2 masyarakat Islam di Singapura dengan memberi perhidmatan bacaan Al Quran kepada sesiapa yang mengkehendaki Qari2 atau Qariah2 di majlis mereka. Kumpulan beliau juga akan membantu mana2 pihak yang ingin menganjurkan majlis Al Quran atau tilawah secara sukarela.

" Sukarelawan Jemaah Iqra yang ada lelaman internet....Sukarelawan Jemaah Iqra yang ada lelaman internet ..ammmmm...  " itulah kata2 yang masih Alzn ingat yang di ucapkan oleh Almarhum Cikgu Haron kepada kami ,ketika kawan Alzn memperkenalkan dirinya dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau. Di ucapkannya kata2 itu berulang2 kali didepan Alzn. Pada waktu itu Alzn tidak berani untuk bertanya kepadanya kenapa diulang2 kata2 begitu berulang2 kali. Maklumlah dia seorang tetamu terhormat di majlis itu, Alzn pula merupakan tetamu biasa sahaja.

Dengan sumbangan beliau, piala pusingan majlis tilawah Al Quran yang kawan Alzn bantu itu di namakan dengan nama beliau. Tetapi menurut kawan Alzn pertandingan itu tidak di teruskan lagi sebagai acara tahunan. Tak tahu lah Alzn kenapa sebabnya. Mungkin mereka2 itu tidak minat akan majlis2 Al Quran lagi. Sedih juga Alzn kenangkan nasib kawan Alzn tu. Tetapi walau bagaimana pun marilah kita sama bacakan surah Al fatihah kepada Almarhum Cikgu Haron Ghani. Mudah2an roh nya dirahmati Allah.

Al Fatehah

Amin Ya Rabbal A'lmin

Firman Allah Dalam Surah Al Baqarah, Ayat 141 yang bermaksud :-

"Itulah umat yang telah lalu. Baginya apa yang diusahakannya dan bagi kamu apa yang kamu usahakan. Dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawabkan tentang apa yang telah mereka kerjakan "

Sekian hingga bertemu kembali

Alzn 

Posted at 11:17 am by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Jul 20, 2005
Al Quran panduan ku. Minta maaf lama tak update

Wah lama betul Alzn tak update blog ni . Agak2 sudah hampir dua abad agaknya. Itulah yang Sab tegurkan . Terima kaseh kepada Sab yang ada juga ambil peduli....tentang hal Alzn ni . Ingatkan Alzn kita tak ada peminat .. rupa2 ada juga orang yang kesahkan kita.

Alhamdulillah Alzn ucapkan kepada Allah . Selawat dan salam Alzn kepada Nabi kita Muhammad SAW . Alzn masih hidup lagi dan masih dapat  menulis di blog ini. Bukan apa2 Alzn kadang2 rasa malas betul nak menulis, sibuk hal2 yang lain tu cuma alasan sahaja. Masa berlalu begitu cepat sekali. Tapi rasa malas tu kan tak bagus, tak baik untuk di layankan sangat , nasib ada orang yang menegur. Terima kaseh sekali lagi kepada Sab . Memberikan kata2 yang bolih kecilkan hati orang, kalau salah paham.

Baru2 ni di tempat kerja Alzn ada beberapa kawan2 Alzn yang mendapat Golden Handshake ( kena buang kerja secara pakse ) . Nasib baik kebanyakannya mereka yang sudah hampir retire yang di buangnya . Kononnya  company nak cut cost , nak untung lebih . Alzn pun hairan, company Alzn ni ..untung berbiliion dollars masih lagi nak buang pekerja . Agaknya berapa biliion lagi yang hendak di carinya baru cukup , tak puas2. Itulah mereka ni yang hidupnya mencari kekayaan sahaja , tidak memikirkan langsung tentang kesusahan pekerja2 yang di bawah mereka ni. Padahal pekerja2 ni lah yang membuat mereka bertambah kaya. Tidak bertimbang rasa terus . Tak berhati perut agaknya mereka2 itu. Wallahu a'lam .

Tetapi kalau nak di kira kekayaan company Alzn nii ... kalau di bandingkan dengan kekayaan Karun , Firaun dan Haman jauuuuuh sekali . Tentulah orang yang empunya company Alzn ni ,mereka2 ni hendak mengikut tingkah laku si Karun, Firaun dan Haman .Teringat akan akan Alzn Kalam Allah dalam surah  Al Ankabut Ayat 39 yang bermaksud :-

"Dan ( Kami hancurkan pula ) Karun , Firaun dan Haman. Sesungguhnya Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan2 yang jelas. Mereka berlaku sombong di muka bumi. Dan mereka tidak akan luput dari azab Allah. "

Ya Allah Ya Tuhan ku janganlah engkau jadikan Alzn seperti mereka yang akan engkau azabkan kelak di kemudian hari. Amin ... Amin.... Ya Rabbal A'lamin  

Posted at 12:12 am by alzn
Make a comment  

Tak ada apa2 nak comments ke?

May 24, 2005
Al Quran panduan ku. Kali kedua percubaan ku update dengan Xda lls .

Salam sejahtera kawan2 seblog ku. Inilah kali kedua Alzn menulis menggunakan Xda lls. Nampaknya berjaya juga kali ini. Set up blog ini appear lain sedikit dari screen desk top yg biasa Alzn guna selalu. Wah payah betul nak menekan keyboard nya. Screen Xda ini pulak kecil , boleh terjojol mata Alzn di buatnya. Tetapi walau bagaimana pun Alzn bershukur kepada Allah kerana dapat juga menggunakan alat ini untuk update dan melunsur keblog2 members Alzn. Canggih sikit Xda ni boleh di bawa kemana2 , mudah dan simple.

Boleh tahan lama jugak tak update blog Alzn ni. Kawan2 diharap senantiasa waras , senang dan bahagia selalu hendaknya. Kalau tidak demikian , pura2 buat waras , senang dan bahagia pun boleh jugak. Manalah tahu main2, lama2 boleh jadi betul. Cuma satu hal yang Alzn belum dapat lakukan dengan Xda ni, Alzn cuba down load bacaan Qari2 Arab dari web site kegemaran Alzn [ Sukarelawan jemaah Iqra ] tetapi tak berbunyi pulak suara2 mereka di Xda ni. Dah nasib agaknya. Rindu nak dengar Qari2 favorite Alzn , Sheik Mustafa Ismail , Sheik Manan Togi , Sheik Mutawali ... haiii apa boleh buat..

Alzn tak akan berputus asa , don't worry dunia belum kiamat lagi , Alzn akan cuba usahakan supaya suara2 mereka ni boleh kedengaran di Xda ni . Insya Allah . Kepada members harap ,kasilah tips sedikit kepada Alzn. Boleh kita nikmati suara2 mereka di Xda ni kalau bertemu dimana2 di luar nanti.. Mudah2an terhibur sedikit hati kita .Bacaan Qari2 ni semuanya power2 belaka tau. Kalau tak percaya , cuba2lah dengar. Lagi2 yang mereka buat persembahan secara live [ unplug lah katakan ] pasti terantuk . Melelih air mata .

Firman Allah swt dalam surah Al Haj ayat 35 :

" Yaitu orang2 yang apabila di sebut nama Allah gementar hatinya. Orang2 yang sabar waktu musibah menimpanya. Orang2 yang mendirikan salat. Orang2 yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang di berikan kepada nya." 

Sekian hinnga bertemu kembali.

Alzn

Posted at 06:05 pm by alzn
Comments (3)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

May 12, 2005
Al Quran panduan ku. Update blog dengan Xda lls.

Assalamualaikum kawan2 apa khabar.Baru2 ni di tempat kerja Alzn di berikan alat xda untuk kegunaan kerja.Yang pelik dalam xda ni ada internet explorer tapi tidak dapat masuk ke internet.Godeh punya godeh akhirnya Alzn berjaya juga.Inilah ceritanya.

HINGGA BERSAMBUNG CERITA KEMBALI KERANA TERPAKSA BERTUGAS. Sekian dari ALZN.

Posted at 06:23 pm by alzn
Comment (1)  

Tak ada apa2 nak comments ke?

Next Page